Thursday, September 27, 2007

September - 3

Berita satu
HUFFAZ BERKARISMA


Sudah maaruf bahawa nama Ibrahim Adham adalah nama seorang wali terkenal di zaman kegemilangan Islam dahulu. Justeru, begitu juga jejaka ini yang diberi nama Ibrahim Adham bin Yaacob. Sekarang menetap di Taman Sri Permai, 269, Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat. Bapanya Yaacob bin Ismail bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa. Manakala ibunya pula Che Asiah bt Mohammed bertugas di Sek. Men. Keb. Tumpat. Dia merupakan anak ke bongsu daripada 7 beradik. Beliau kini terpilih menjadi imam terawih nombor satu berpasangan dengan Muhammad Syazwan bin Mohd basil. Lantaran suaranya yang lunak dan sedap, dia bertuah kerana diberi peluang menjadi imam masyarakat.

Apa yang perlu diingatkan, nama melambangkan peribadi. Pastikan sikap dan perangai menjadi seindah nama dan sesufi sebutan. Jika ada kekurangan, perlu diperbaiki. Jika ada kebaikan, perlulah digandakan lagi. Biarlah mata yang memandang merasa tenang dan masyarakat yang menilai merasa yakin bahawa kita mampu menjadi imam yang baik.


Jejaka ini diberi nama Muhammad Syazwan bin Mohd basil. Seorang jejaka kelahiran Pulau Pinang. Alamat tempat tinggal beliau ialah No. 23, Lorong Macang 2, Taman Macang Manis, 14000 Bukit Mertajam. Nama Bapa Mohd Basil bin Hj Damanhuri bekerja sebagai pensyarah di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Manakala ibunya iaitu Nor Azah bt Ismail bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam.

Syazwan adalah anak ke-2 daripada 4 beradik. Banyak kemahiran dan bakat yang dimiliki oleh saudara Syazwan. Selain daripada kecemerlangan dalam pelajaran akademik. Dia juga turut bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum yang lain. Dia pernah menjadi pemain bolasepak peringkat negeri ketika bersekolah di Pulau Pinang. Selain itu, beliau kini termasuk dalam kumpulan nasyid dan dilantik sebagai vokalis utama. Ini adalah bukti bahawa beliau memiliki suara mersik bagai buluh perindu.

Beliau kini menjadi imam terawih nombor satu di MTS. Berpasangan dengan Ibrahim Adham bin Yaakob. Semoga dengan bakat yang dianugerahkan tuhan ini akan digunakan untuk kebaikan Islam sejagat. Insya Allah!


Berita Dua
TADARUS Al-QURAN STAF MTST


Sebagai menghidupkan Ramadhan, pihak mudir MTST telah mewajibkan semua staf kakitangan sama ada kakitangan akademik dan bukan akademik untuk menyertai tadarus Al-Quran.

Tadarus terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan iaitu kumpulan kakitangan akademik dipimpin oleh ustaz Aubaidillah Yusoff (PK) manakala satu kumpulan lagi iaitu kumpulan staf bukan akademik dipimpin oleh Mudir. Sementara guru Al-Quran bersama dengan pelajar masing-masing di dalam kelas.

Program yang bermula awal ramadhan ini berhalan setiap hari bekerja iaitu pada jam 7.30 hingga 9.00 pagi. Setiap kumpulan akan cuba menghabiskan satu juzuk setiap sesi. Selain daripada membaca Al-Quran, masing-masing akan diterangkan tentang hukum tajwid dan makhraj huruf. Beberapa potong ayat al-Quran juga dipilih untuk ditafsirkan sebagai maklumat dan ilmu tambahan.


Berita Tiga
RESTU RAMADHAN



Pada hari rabu iaitu 12 hb September 2007, merupakan hari terakhir Syaaban. Bererti keesokan harinya Ramadhan akan menjelma. Saudara Hafidz Naim bin Mohd Yusoff iaitu ketua Badan Dakwah dengan kerjasama Saudara Muslim bin Mustafa telah merancang program khusus menerusi Badan Dakwah sekolah yang dinamakan program Restu Ramadhan. Program ini bertujuan untuk bermaaf-maafan sesama rakan dan juga memohon restu daripada semua guru sempena menyambut Ramadhan yang mulia.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis iaitu saudara Hafidz Naim, diikuti dengan ucapan saudara Muslim Mustafa selaku wakil pelajar. Kemudian cikgu Meriam binti Ismail selaku wakil guru perempuan telah memberi sedikit ucapan alu-aluan. Diikuti oleh Ustaz Mat Daud Awang selaku wakil guru lelaki. Majlis disempurnakan dengan ucapan Penolong Kanan I iaitu Ustaz Aubaidillah Yusoff.

Setiap guru memberi galakan kepada semua pelajar akan menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan yang paling dihayati dari segi ibadah dan kebesarannya. Majlis diteruskan dengan acara saling bermaafan sesama pelajar dan kemudian semua pelajar bersalam-salaman dengan seluruh guru yang ada. Semoga program ini akan menjadi satu tradisi sebelum menyambut Ramadhan di tahun akan datang.



Berita Empat
PERBINCANGAN PANITIA AL-QURAN


Maahad Tahfiz Sains (MTS) Tumpat sentiasa berusaha melahirkan generasi yang mampu menghafal Al-Quran serta mengaplikasikannya ke dalam masyarakat secara khusus dan ummmah secara umumnya. Justeru berbagai usaha dibuat dari masa ke semasa dalam mempastikan sukatan hafalan seimbang dengan pembelajaran akademik yang lain.

Sebagaimana yang telah ditetapkan, sukatan hafalan bagi pelajar tingkatan satu adalah sebanyak 4 surah pilihan diikuti enam juzuk. Begitu juga pada tahun berikutnya, pelajar perlu menghafal sebanyak enam juzuk setiap tahun. Setakat ini seramai 182 orang pelajar yang telah berada di tingkatan satu. Sehingga kini pelajar yang telah tamat menghafal mengikut sukatan tahun pertama seramai 35 orang. Sebahagian yang lain berada di tahap sederhana dan 33 orang berada ditahap lemah.

Antara masalah yang dialami oleh pelajar ialah masalah bacaan yang kurang fasih, ini disebabkan sesetengah pelajar kurang menguasai asas bacaan. Bagi setengah yang lain pula, ada yang kurang keinginan untuk menghafal, walaupun sudah beberapa kali mengikuti kelas pengukuhan namun masih lagi ditahap yang kurang memuaskan.

Guru Al-Quran yang bertugas sebagai pemudah cara seramai 12 orang. Diketuai oleh guru kanan Al-Quran iaitu Ustaz Silmi bin Omar serta setiausahanya Ustaz Abdul Hadi bin Haimi. Subjek Al-Quran juga menjadi ukuran utama kepada pelajar untuk membolehkan mereka naik ke tingkatan dua. Kenaikan pelajar ke tingkatan dua akan diambil kira berdasarkan markah peperiksaan Al-Quran penggal satu dan dua, serta kadar sukatan hafalan mereka sama ada banyak atau sedikit.

Sepanjang bulan ramadhan, pihak panitia Al-Quran telah mewajibkan pelajar membaca Al-Quran secara beramai-ramai sebanyak setengah juzuk setiap petang. Seorang guru akan dipilih secara khusus untuk mengemudi majlis bacaan secara beramai-ramai ini.

Setakat ini, sebanyak lapan orang pelajar telah dipilih untuk menjadi imam terawih di beberapa surau di sekitar Tumpat. Kebiasaannya mereka dihantar secara berpasangan iaitu satu surau sebanyak dua orang imam. Manakala di surau MTS pula, jadual imam terawih dibuat secara bergilir-gilir. Pelajar akan dilatih menjadi imam solat sunat bersama rakan-rakan.

Pihak MTS sentiasa berharap agar semua pelajar mampu menguasai Al-Quran dengan baik dan berusaha ke arah membacanya setiap masa.


Berita Lima
IHYA' RAMADHAN


Pada 14hb September 2007 iaitu pada hari jumaat. Pihak Maahad Tahfiz Sains telah mengadakan program Ihya Ramadhan bersama dengan ibubapa. Program ini bertujuan memberikan motivasi kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam suasana baru. Di mana ini adalah tahun pertama pelajar berpuasa di asrama dalam suasana pembelajaran yang agak ketat. Justeru, kehadiran ibubapa sekurang-kurangnya mampu meredakan rasa rindu bagi sesetengah pelajar.

Kelihatan pada petang itu pelajar bersiap sedia untuk menyambut kehadiran tetamu. Manakala pelajar yang bertugas menyiapkan makanan sedang sibuk menyelesaikan tugasan di dalam bilik guru.

Program ini bermula sejurus selepas solat asar, ia dimulakan dengan tadarus berjemaah yang mana Ustaz Silmi Omar, Ustaz Rozi bin Zakaria dan Ustaz Wan Hilmi Abdullah bergilir-gilir menjadi ketua bacaan. Ketika bacaan tadarus berjalan, hujan turun begitu lebat. Air mencurah-curah membasahi bumi MTST. Namun hujan rahmat itu tidak membuat agenda program tergendala.

Sebaik tadarus selesai satu kuliah ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Che Soh iaitu pegawai penyelia masjid jajahan tumpat. Namun sebelum itu, majlis dimulakan terlebih dahulu dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada adik Ibrahim Adham bin Yaakob serta ucapan Mudir Maahad tahfiz Sains. Majlis terus berpindah ke acara berbuka puasa secara berjemaah di atas surau. Ibubapa dan pelajar dipersilakan untuk berbuka secara ringan terlebih dahulu kemudian menunaikan solat maghrib. Sebaik selesai solat maghrib barulah masing-masing menjamu selera dengan makanan berat di dewan makan.

Program diteruskan lagi dengan acara solat isyak diimamkan oleh Ustaz Rozeli bin Yahya, solat terawih diimamkan oleh Ustaz Abdul hadi Haimi, witir oleh ustaz Zulfahmi Mohammad. Program berakhir sekitar jam 10.00 malam.

Ramai ibubapa yang hadir dan sambutan amat menggalakkan. Malah ada ibubapa yang datang daripada Johor iaitu Keluarga Ukasyah dan juga Pulai Pinang iaitu keluarga Syazwan bin Mohd Basil. Mereka turut hadir demi memeriahkan program. Ramai juga ibubapa yang membawa juadah berbuka puasa untuk makan bersama anak-anak dan rakan-rakan pelajar yang lain.

Kelihatan juga wajah sugul sesetengah pelajar yang ibubapanya tidak hadir. Mudah-mudahan ibubapa pelajar yang tidak hadir dapat meluangkan masa untuk bersama anak-anak mereka di dalam program akan datang.

Pihak sekolah juga telah menerima sumbangan sebanyak RM 700 daripada seorang hamba Allah. Beliau meminta agar pihak MTST mengadakan jamuan khusus dengan menggunakan duit tersebut.


Berita Enam



Pada 22 September 2007 - Bersamaan dengan malam ke9 bulan Ramadhan, satu jamuan makan colek telah dibuat secara besar-besaran. Pengarah program iaitu Sir Zulkifli bin Mohammad bertungkus lumus dari petang sampai ke malam untuk menyiapkan bahan-bahan. Begitu juga dengan guru-guru bujang lain seperti Ustaz Rozi, Zulfahmi, Hadi Haimi, Mawardi, Zakaria, Nasir dan lain-lain(Sekadar menyebut beberapa nama). Tidak lupa juga seorang ustaz yang tidak berhenti-henti menggoreng keropok sebaik selesai terawih iaitu ustaz Muhammad bin yusoff. Mereka mula bergotong royong menyiapkan tempat dan barang makanan bermula jam 6.00 petang lagi.

Ternyata usaha seorang ustaz menggoreng keropok keping tidak sia-sia apabila pelajar tidak putus-putus datang mengambil keropok beliau. Malah keropok tersebut banyak yang lebih. Namun, itu tidak menjadi masalah kerana guru-guru berpeluang membawa pulang makanan yang lebih ke rumah masing-masing. Guru-guru lain turut membantu dalam memotong makanan. Antara makanan yang diberi kepada pelajar pada malam itu ialah keropok keping, kuih cekodok, buah jambu, nenas, limau, perut rebus, kerang dan kupang rebus. Sebaik jam menunjukkan 10.20 malam, pelajar diminta beratur dan berbaris untuk mendapatkan makanan. Keadaan menjadi gawat seketika kerana sambutan pelajar begitu mengghairahkan. Beberapa orang guru juga tiba agak lewat disebabkan rumah yang jauh dari sekolah. Hanya segelintir sahaja guru yang tidak dapat hadir disebabkan mempunyai urusan lain.

Majlis berlangsung sehingga jam 12.15 malam. Selepas itu semua guru-guru bersurai setelah mengemas tempat makan dan membersihkan pinggan-mangkuk. Untuk makluman semua, majlis ini dibuat hasil derma seorang hamba Allah sebanyak RM 600 ringgit yang merupakan bapa kepada seorang pelajar. Pihak sekolah mengucapkan Jazakallahu khairan atas sumbangan itu.

Berita Tujuh
BENGKEL AL-FATIHAH DI SEK. KEB. BERANGAN (2)


25 September - Pihak Maahad Tahfiz Sains (MTS) menerima jemputan untuk membuat pembentangan ilmiah berkaitan Surah Al-Fatihah di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan (2). Pengarah program iaitu Ustaz Mohd Zakaria bin Mat Zin adalah ketua pemudah cara yang dilantik oleh pihak sekolah untuk mengemudi program ini. Bengkel ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula 25hb September sehingga 27hb September.

Peserta yang menjadi sasaran ialah pelajar darjah enam yang telahpun selesai menduduki UPSR. Seramai 90 orang murid terlibat dalam sesi bengkel ini. Bengkel ini terbahagi kepada tiga modul. Pertama, pada 25hb modul berkaitan hukum tajwid dan contoh bacaan yang dibentang oleh ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah. Mudir turut hadir menemani saudara Wan Hilmi bin Wan Abdullah. Mudir memuji saudara Wan Hilmi atas bacaannya yang memuaskan.

Beliau juga memperdengarkan bacaan contoh kepada murid-murid agar dapat memahami dengan lebih jelas lagi. Modul kedua ialah makna bacaan solat & Pengertian surah Al-Fatihah. Modul ini disampaikan oleh ustaz A. Ubaidillah Bin Alias pada keesokan harinya iaitu pada 26September.. Beliau menekan kefahaman terhadap setiap bacaan dalam solat khususnya bacaan Al-Fatihah.

Terakhir sekali ialah seluruh peserta akan dibengkelkan dan mengikut fasilitator masing-masing. Ini adalah penting kearah pengukuhan bacaan peserta. Majlis ini berlangsung selama tiha hari iaitu bermula dari jam 9.15 pagi sehingga 12.45 petang, walaupun ini bukanlah tugasan mudah unuk lakukan. Apa yang menarik, peserta dan guru-guru dari SK Berangan memberikan kerjasama yang baik. Mereka juga melayan saya dengan penuh kesantunan.


Sunday, September 23, 2007

September - 3

HUFFAZ BERKARISMA-3
Jejaka yang kelihatan di dalam gambar ini bernama Muhammad Luqman Hakim bin Hj Rozman. Beliau adalah pengawas sekolah. Pihak BD telah memilih beliau sebagai calon Huffaz Berkarisma kali ini disebabkan beberapa karismatik yang dimiliki olehnya. Ayah beliau iaitu Hj Rozman bin Hj Ibrahim adalah peniaga kain batik sepenuh masa. Manakala ibunya Hajjah Rohana bt Abdul Rahim adalah Guru di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Pasir Mas. Alamat beliau ialah w2/354, Lorong Pak Nik Man, 17000, Pasir Mas, Kelantan. Jejaka yang merupakan anak ke 2 daripada 8 adik beradik ini adalah seorang yang aktif bersukan. Beliau sangat gemar bermain bola sepak serta memiliki kemahiran menggelecek bola yang berbisa. Selain itu, apa yang lebih utama ialah sikap sopan dan santun dalam gerak geri. Beliau dikategorikan seorang yang kurang berkata-kata tetapi kemas bila melakukan sesuatu kerja. Pihak BD berharap beliau akan mengekalkan karisma itu sehingga dewasa nanti.



Jejaka yang kelihatan di dalam gambar ini diberi nama Muhammad Muslim bin Mustafa. Ibunya bernama Siti Zaharah bt Awang iaitu seorang surirumah. Bapanya pula iaitu Mustafa bin Yusof adalah Pesara kastam. Walaupun beliau seorang pelajar biasa(bukan pengawas sekolah) namun sikapnya telah menarik perhatian BD. Alamat rumah beliau ialah Lot PT 277, Jalan Persiaran Rahmat, 18500 Machang, Kelantan darul Naim. Merupakan anak yang ke 5 daripada 6 adik beradik. Apa yang boleh kita lihat pada pelajar ini adalah sikap tertib di hadapan guru-guru dan orang dewasa. Beliau walaupun seorang yang suka bergurau dengan rakan-rakan, namun apabila menyedari kehadiran guru akan pantas mendahulukan urusan guru dan menjaga tertib. Berbeza dengan kebanyakan pelajar yang lebih suka buat tidak tahu apabila guru hadir. Apa yang penting diingat ialah, perbuatan yang baik akan dibalas pahala, yang buruk akan dibalas dosa. Sama-samalah kita menjaganya. Agar kita beroleh keredhaan Allah.

GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU SEKITAR TUMPAT



(Pelajar bergambar di sebuah surau yang mereka bersihkan)


7 september 2007 bersamaan 25sya’ban 1428H, Jumaat - Majlis gotong royong membersihkan surau-surau di sekitar Kawasan Tumpat telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dibawah kendalian ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah itu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.


(Membersihkan bahagian dalam kolah)


Majlis tersebut bermula dengan perasmian oleh Ustaz Suhaimi bin Sulaiman selaku Pengetua MTST.. Sebanyak dua buah masjid dan lapan buah surau yang terlibat. Semua guru, kakitangan MTST, penghulu dan penduduk setempat serta 180 org anak didik MTST turun padang bagi menjayakan program ini.
(Kelihatan seekor kambing turut serta memberi sokongan)

Program berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung dan hujan pada sebelah pagi perasmian. Sebanyak 2 buah van, kereta ahli jemaah surau dan guru-guru telah digunakan untuk membawa pelajar-pelajar ke lokasi. Bagi menghargai jasabaik guru-guru dan pelajar MTST, jamuan telah disediakan oleh pihak surau dan masjid berkenaan setelah gotong royong selesai.
(Pengarah, Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah)


Jemaah surau, masjid dan penghulu telah memberikan sambutan dan kerjasama yang baik sekali dalam program ini ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.


HUFFAZ CEMERLANG TERPILIH KE LANGKAWI


(Ustaz Silmi Omar, Pengarah)

(Ustaz Abdul Hadi bin Haimi, Setiausaha)


(Pelajar bergambar ketika di pelabuhan bersama guru pengiring)

(Ketika di Under Water World Langkawi)

Pada 31 Ogos 2007 yang lalu, disaat Malaysia bergema dengan laungan kemerdekaan, disaat itulah seramai 35 orang pelajar yang diiringi oleh 5 guru pengiring telah berangkat ke Pulau Langkawi. Pada malam 31 ogos, mereka telah bertolak menaiki sebuah bas. Kata ustaz Abdul Hadi, bas tersebut agak kurang selesa dan banyak kerusi longgar dan ‘bergogek’. Lawatan ini adalah melibatkan pelajar yang telah menamatkan sukatan hafalan tahun ini. Justeru, demi meraikan kecemerlangan hafalan mereka, pihak MTST telah mengadakan lawatan sambil belajar ini. Ia dianggap sebagai aktiviti ‘release tension’ sempena dengan musim cuti hari Kemerdekaan.

Walaupun keadaan bas agak uzur dan primitif, perjalanan tetap diteruskan dan mereka selamat sampai ke destinasi. Antara tempat yang mereka lawati ialah Muzium Padi, Underwater World, Kereta Kabel di Bukit Tinggi, Telaga Air Hangat. Ustaz Abdul Hadi berkata ketika ditemui, tempat penginapan agak kurang selesa sehingga beberapa pelajar bermasalah untuk tidur. Namun, apa yang menarik ialah makanan yang disediakan kepada guru pengiring agak istimewa.

Antara tempat yang seronok dilawati ialah kedai coklat seperti Coco Valley. Katanya pelajar banyak menghabiskan duit membeli coklat di sini. Malangnya, beberapa orang pelajar terpaksa menggigit jari sendiri apabila mereka membawa duit sekadar cukup makan. Satu insiden kecil turut berlaku di tempat Kereta Kabel. Apabila seorang pelajar telah kehilangan kad/tiket kereta kabel. Mengikut laporan, pelajar itu sibuk shopping ketika taklimat diberikan. Sehingga dia terlupa untuk memegang kad. Polis yang mengawal itu terpaksa mencari pelajar tersebut di atas dan menegur di atas kelalaiannya.

Apa yang penting ialah pelajar perlu sentiasa memberi perhatian dalam setiap perkara. Tidak kira ketika di sekolah atau di luar sekolah. Tahniah kepada yang telah pergi, semoga mendapat peluang sekali lagi tahun depan.

Berita Ogos - 2

HUFFAZ BERKARISMA -2

(Hannan Fathi sebelah kiri dan Hannan Fathan sebelah kanan)


HUFFAZ berkarisma kali ini ialah pasangan kembar yang mana abangnya bernama Muhd Hannan Fathan dan adiknya bernama Muhd Hannan Fathi bin Rasdi. Nama mereka iaitu Encik Rasdi bin Mamat bertugas sebagai guru. Manakala ibunya Che Ruhana bt Che Mohd Amin adalah seorang surirumah dan juga peniaga . Dua beradik ini menetap di Lot 285, Jalan Persiaran Rahmat, 18500 Machang, Kelantan. Pada 17hb Ogos sehingga 21hb Ogos 2007, pasangan kembar ini telah menyertai kelas pemantapan musim cuti bagi menamatkan sukatan sehingga juzuk 5.
Mengikut laporan ustaz Ahmad Mawardi bin Hj Sukeri selaku guru yang bertugas menjaga kelas pasangan kembar itu mengatakan bahawa Muhd Hannan Fathi telah berjaya menghafal sebanyak 21 mukasurat selama 5 hari. Kata Ustaz Mawardi bin Sukeri “Hannan Fathi telah mengatasi rekod pelajar Syafiul Syafi yang berjaya menghafal sebanyak 20 pipi dalam masa 10 hari. Namun, Hannan Fathi berjaya menghafal sebanyak tiga mukasurat dalam satu masa. Berbeza dengan seorang rakannya yang lain iaitu Wan Mohd Azfar bin Wan Razif yang mampu menghafal sebanyak 5 mukasurat dalam satu masa.
Manakala abangnya iaitu Hannan Fathan berjaya menghafal sebanyak 12 mukasurat dalam masa 5 hari dan merupakan orang kedua yang paling banyak menghafal selepas adiknya Hannan Fathi. Beliau juga adalah pelajar nombor satu secara keseluruhan di dalam peperiksaan penggal pertama baru ini. Tahniah!
MOTIVASI BAHASA ARAB



16hb Ogos, Surau MTST – Satu motivasi Bahasa Arab telah diadakan pada jam 9.30 pagi bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan Bahasa Arab. Penceramah motivasi iaitu saudara Norli bin Mohammad adalah seorang pelajar thanawi di salah sebuah sekolah di Mekah.
Sebagaimana yang kita sedari, Bahasa Arab adalah bahasa syurga. Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan nabi Muhammad juga adalah berbangsa Arab. Ini bererti Bahasa Arab adalah satu simbol kemegahan bagi umat Islam. Adalah menjadi suatu tuntutan bagi semua orang yang menghafal Al-Quran untuk menguasai Bahasa Arab dengan baik.

HARI KELUARGA MTST MERIAH

(Pengetua, Ustaz Hj Suhaimi bin Sulaiman)

(Gambar sebahagian staf akademik dan kakitangan MTS)


24hb Ogos, Info Galeria Tengku Anis - Setelah merancang hampir dua minggu, akhirnya pihak kakitangan sekolah MTST telah mengadakan hari keluarga yang diadakan di Taman Infogaleria Tengku Anis di tepi pesisiran pantai Tumpat.

Kehadiran guru berserta ahli keluarga telah menjadikan suasana program bertambah meriah. Walaupun ada beberapa orang guru yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan, namun program berjalan dengan baik. Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan sama ada acara untuk kanak-kanak, kaum lelaki dan kaum wanita.

(Anak-anak kecil sedang menyertai pertandingan mewarna)


Antara acara yang paling mendapat sambutan ialah acara boling padang dan acara melambung belon berisi air. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi berjalan dengan lancar sehingga jam 12.30 tengahari. Setelah penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, semua guru dan ahli keluarga sempat menjamu selera di pesisiran pantai. Kita berdoa pada tahun hadapan, pihak sekolah akan mampu mengadakannya sekali lagi.

(Ustaz Aubaidillah Yusoff menyampaikan hadiah kepada pemenang)



PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT DAN AMBANG RAMADHAN


(Ucapan oleh Pengerusi PIBG dan Mudir)

(Solat Maghrib Berjemaah)


25hb&26hb Ogos, Sabtu - Pihak PIBG MTST dan kerjasama guru-guru MTST telah berjaya mengadakan program Penghayatan Bulan Solat dan Ambang Ramadhan di perkarangan Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Selepas solat maghrib berjemaah, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Sahiful Bahari bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua PIBG Maahad Tahfiz Sains.


(Forum perdana di pengerusikan oleh guru MTST iaitu ustaz A. Ubaidillah Alias)

Setelah itu, agenda utama dimulakan iaitu Forum Perdana yang dipengerusikan oleh ustaz A. Ubaidillah Alias. Manakala panelisnya ada dua orang tokoh yang dijemput khas daripada Kota Bharu, iaitu Al-Fadhil Al-ustaz Hj Mohammad bin Mustofa (Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan) dan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Saibon bin Ismail (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jab. Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan). Kehadiran mencecah hampir 500 orang dengan kehadiran ibubapa dan orang kampung.

Majlis ini juga dihadiri oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abdul Aziz bin yusuf (Pengelola Halaqat Kawasan Tumpat). Pada keesokan harinya, pihak sekolah mengadakan beberapa pengisian yang berkait dengan rukun solat dan pembetulan terhadap bacaan surah Fatihah. Salah seorang tenaga pengisinya ialah Al-Fadhil Ustaz Nukman. Program ini berakhir pada jam 3.00 petang.