Sunday, September 23, 2007

Berita Ogos - 2

HUFFAZ BERKARISMA -2

(Hannan Fathi sebelah kiri dan Hannan Fathan sebelah kanan)


HUFFAZ berkarisma kali ini ialah pasangan kembar yang mana abangnya bernama Muhd Hannan Fathan dan adiknya bernama Muhd Hannan Fathi bin Rasdi. Nama mereka iaitu Encik Rasdi bin Mamat bertugas sebagai guru. Manakala ibunya Che Ruhana bt Che Mohd Amin adalah seorang surirumah dan juga peniaga . Dua beradik ini menetap di Lot 285, Jalan Persiaran Rahmat, 18500 Machang, Kelantan. Pada 17hb Ogos sehingga 21hb Ogos 2007, pasangan kembar ini telah menyertai kelas pemantapan musim cuti bagi menamatkan sukatan sehingga juzuk 5.
Mengikut laporan ustaz Ahmad Mawardi bin Hj Sukeri selaku guru yang bertugas menjaga kelas pasangan kembar itu mengatakan bahawa Muhd Hannan Fathi telah berjaya menghafal sebanyak 21 mukasurat selama 5 hari. Kata Ustaz Mawardi bin Sukeri “Hannan Fathi telah mengatasi rekod pelajar Syafiul Syafi yang berjaya menghafal sebanyak 20 pipi dalam masa 10 hari. Namun, Hannan Fathi berjaya menghafal sebanyak tiga mukasurat dalam satu masa. Berbeza dengan seorang rakannya yang lain iaitu Wan Mohd Azfar bin Wan Razif yang mampu menghafal sebanyak 5 mukasurat dalam satu masa.
Manakala abangnya iaitu Hannan Fathan berjaya menghafal sebanyak 12 mukasurat dalam masa 5 hari dan merupakan orang kedua yang paling banyak menghafal selepas adiknya Hannan Fathi. Beliau juga adalah pelajar nombor satu secara keseluruhan di dalam peperiksaan penggal pertama baru ini. Tahniah!
MOTIVASI BAHASA ARAB



16hb Ogos, Surau MTST – Satu motivasi Bahasa Arab telah diadakan pada jam 9.30 pagi bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan Bahasa Arab. Penceramah motivasi iaitu saudara Norli bin Mohammad adalah seorang pelajar thanawi di salah sebuah sekolah di Mekah.
Sebagaimana yang kita sedari, Bahasa Arab adalah bahasa syurga. Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan nabi Muhammad juga adalah berbangsa Arab. Ini bererti Bahasa Arab adalah satu simbol kemegahan bagi umat Islam. Adalah menjadi suatu tuntutan bagi semua orang yang menghafal Al-Quran untuk menguasai Bahasa Arab dengan baik.

HARI KELUARGA MTST MERIAH

(Pengetua, Ustaz Hj Suhaimi bin Sulaiman)

(Gambar sebahagian staf akademik dan kakitangan MTS)


24hb Ogos, Info Galeria Tengku Anis - Setelah merancang hampir dua minggu, akhirnya pihak kakitangan sekolah MTST telah mengadakan hari keluarga yang diadakan di Taman Infogaleria Tengku Anis di tepi pesisiran pantai Tumpat.

Kehadiran guru berserta ahli keluarga telah menjadikan suasana program bertambah meriah. Walaupun ada beberapa orang guru yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan, namun program berjalan dengan baik. Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan sama ada acara untuk kanak-kanak, kaum lelaki dan kaum wanita.

(Anak-anak kecil sedang menyertai pertandingan mewarna)


Antara acara yang paling mendapat sambutan ialah acara boling padang dan acara melambung belon berisi air. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi berjalan dengan lancar sehingga jam 12.30 tengahari. Setelah penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, semua guru dan ahli keluarga sempat menjamu selera di pesisiran pantai. Kita berdoa pada tahun hadapan, pihak sekolah akan mampu mengadakannya sekali lagi.

(Ustaz Aubaidillah Yusoff menyampaikan hadiah kepada pemenang)



PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT DAN AMBANG RAMADHAN


(Ucapan oleh Pengerusi PIBG dan Mudir)

(Solat Maghrib Berjemaah)


25hb&26hb Ogos, Sabtu - Pihak PIBG MTST dan kerjasama guru-guru MTST telah berjaya mengadakan program Penghayatan Bulan Solat dan Ambang Ramadhan di perkarangan Maahad Tahfiz Sains Tumpat. Selepas solat maghrib berjemaah, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Sahiful Bahari bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua PIBG Maahad Tahfiz Sains.


(Forum perdana di pengerusikan oleh guru MTST iaitu ustaz A. Ubaidillah Alias)

Setelah itu, agenda utama dimulakan iaitu Forum Perdana yang dipengerusikan oleh ustaz A. Ubaidillah Alias. Manakala panelisnya ada dua orang tokoh yang dijemput khas daripada Kota Bharu, iaitu Al-Fadhil Al-ustaz Hj Mohammad bin Mustofa (Ketua Pengelola Halaqat Negeri Kelantan) dan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj Saibon bin Ismail (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jab. Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan). Kehadiran mencecah hampir 500 orang dengan kehadiran ibubapa dan orang kampung.

Majlis ini juga dihadiri oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abdul Aziz bin yusuf (Pengelola Halaqat Kawasan Tumpat). Pada keesokan harinya, pihak sekolah mengadakan beberapa pengisian yang berkait dengan rukun solat dan pembetulan terhadap bacaan surah Fatihah. Salah seorang tenaga pengisinya ialah Al-Fadhil Ustaz Nukman. Program ini berakhir pada jam 3.00 petang.

No comments: