Sunday, September 23, 2007

September - 3

HUFFAZ BERKARISMA-3
Jejaka yang kelihatan di dalam gambar ini bernama Muhammad Luqman Hakim bin Hj Rozman. Beliau adalah pengawas sekolah. Pihak BD telah memilih beliau sebagai calon Huffaz Berkarisma kali ini disebabkan beberapa karismatik yang dimiliki olehnya. Ayah beliau iaitu Hj Rozman bin Hj Ibrahim adalah peniaga kain batik sepenuh masa. Manakala ibunya Hajjah Rohana bt Abdul Rahim adalah Guru di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Pasir Mas. Alamat beliau ialah w2/354, Lorong Pak Nik Man, 17000, Pasir Mas, Kelantan. Jejaka yang merupakan anak ke 2 daripada 8 adik beradik ini adalah seorang yang aktif bersukan. Beliau sangat gemar bermain bola sepak serta memiliki kemahiran menggelecek bola yang berbisa. Selain itu, apa yang lebih utama ialah sikap sopan dan santun dalam gerak geri. Beliau dikategorikan seorang yang kurang berkata-kata tetapi kemas bila melakukan sesuatu kerja. Pihak BD berharap beliau akan mengekalkan karisma itu sehingga dewasa nanti.



Jejaka yang kelihatan di dalam gambar ini diberi nama Muhammad Muslim bin Mustafa. Ibunya bernama Siti Zaharah bt Awang iaitu seorang surirumah. Bapanya pula iaitu Mustafa bin Yusof adalah Pesara kastam. Walaupun beliau seorang pelajar biasa(bukan pengawas sekolah) namun sikapnya telah menarik perhatian BD. Alamat rumah beliau ialah Lot PT 277, Jalan Persiaran Rahmat, 18500 Machang, Kelantan darul Naim. Merupakan anak yang ke 5 daripada 6 adik beradik. Apa yang boleh kita lihat pada pelajar ini adalah sikap tertib di hadapan guru-guru dan orang dewasa. Beliau walaupun seorang yang suka bergurau dengan rakan-rakan, namun apabila menyedari kehadiran guru akan pantas mendahulukan urusan guru dan menjaga tertib. Berbeza dengan kebanyakan pelajar yang lebih suka buat tidak tahu apabila guru hadir. Apa yang penting diingat ialah, perbuatan yang baik akan dibalas pahala, yang buruk akan dibalas dosa. Sama-samalah kita menjaganya. Agar kita beroleh keredhaan Allah.

GOTONG ROYONG BERSIHKAN SURAU SEKITAR TUMPAT



(Pelajar bergambar di sebuah surau yang mereka bersihkan)


7 september 2007 bersamaan 25sya’ban 1428H, Jumaat - Majlis gotong royong membersihkan surau-surau di sekitar Kawasan Tumpat telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dibawah kendalian ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah itu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.


(Membersihkan bahagian dalam kolah)


Majlis tersebut bermula dengan perasmian oleh Ustaz Suhaimi bin Sulaiman selaku Pengetua MTST.. Sebanyak dua buah masjid dan lapan buah surau yang terlibat. Semua guru, kakitangan MTST, penghulu dan penduduk setempat serta 180 org anak didik MTST turun padang bagi menjayakan program ini.
(Kelihatan seekor kambing turut serta memberi sokongan)

Program berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung dan hujan pada sebelah pagi perasmian. Sebanyak 2 buah van, kereta ahli jemaah surau dan guru-guru telah digunakan untuk membawa pelajar-pelajar ke lokasi. Bagi menghargai jasabaik guru-guru dan pelajar MTST, jamuan telah disediakan oleh pihak surau dan masjid berkenaan setelah gotong royong selesai.
(Pengarah, Ustaz Wan Hilmi bin Wan Abdullah)


Jemaah surau, masjid dan penghulu telah memberikan sambutan dan kerjasama yang baik sekali dalam program ini ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.


HUFFAZ CEMERLANG TERPILIH KE LANGKAWI


(Ustaz Silmi Omar, Pengarah)

(Ustaz Abdul Hadi bin Haimi, Setiausaha)


(Pelajar bergambar ketika di pelabuhan bersama guru pengiring)

(Ketika di Under Water World Langkawi)

Pada 31 Ogos 2007 yang lalu, disaat Malaysia bergema dengan laungan kemerdekaan, disaat itulah seramai 35 orang pelajar yang diiringi oleh 5 guru pengiring telah berangkat ke Pulau Langkawi. Pada malam 31 ogos, mereka telah bertolak menaiki sebuah bas. Kata ustaz Abdul Hadi, bas tersebut agak kurang selesa dan banyak kerusi longgar dan ‘bergogek’. Lawatan ini adalah melibatkan pelajar yang telah menamatkan sukatan hafalan tahun ini. Justeru, demi meraikan kecemerlangan hafalan mereka, pihak MTST telah mengadakan lawatan sambil belajar ini. Ia dianggap sebagai aktiviti ‘release tension’ sempena dengan musim cuti hari Kemerdekaan.

Walaupun keadaan bas agak uzur dan primitif, perjalanan tetap diteruskan dan mereka selamat sampai ke destinasi. Antara tempat yang mereka lawati ialah Muzium Padi, Underwater World, Kereta Kabel di Bukit Tinggi, Telaga Air Hangat. Ustaz Abdul Hadi berkata ketika ditemui, tempat penginapan agak kurang selesa sehingga beberapa pelajar bermasalah untuk tidur. Namun, apa yang menarik ialah makanan yang disediakan kepada guru pengiring agak istimewa.

Antara tempat yang seronok dilawati ialah kedai coklat seperti Coco Valley. Katanya pelajar banyak menghabiskan duit membeli coklat di sini. Malangnya, beberapa orang pelajar terpaksa menggigit jari sendiri apabila mereka membawa duit sekadar cukup makan. Satu insiden kecil turut berlaku di tempat Kereta Kabel. Apabila seorang pelajar telah kehilangan kad/tiket kereta kabel. Mengikut laporan, pelajar itu sibuk shopping ketika taklimat diberikan. Sehingga dia terlupa untuk memegang kad. Polis yang mengawal itu terpaksa mencari pelajar tersebut di atas dan menegur di atas kelalaiannya.

Apa yang penting ialah pelajar perlu sentiasa memberi perhatian dalam setiap perkara. Tidak kira ketika di sekolah atau di luar sekolah. Tahniah kepada yang telah pergi, semoga mendapat peluang sekali lagi tahun depan.

No comments: